Apakah program yang boleh digunakan untuk Trim & Merge videos secara percuma? Sejak kebelakangan ini saya bersama ahli kumpulan sedang bertungkus-lumus menghasilkan projek berkaitan dengan Augmented Reality (AR) untuk salah satu kursus yang dihadiri dalam sem ke-2 ini. Saya telah mencuba dengan kali pertamanya edit video. Proses mencari, download dan trial & error pelbagai program telah memakan masa yang paling lama sekali. Namun selepas kenalpasti program mana yang senang untuk saya edit video, masa untuk siapkannya adalah begitu cepat dan senang.
Program yang saya guna untuk trim & merge video yang saya dapat dari laman Youtube dinamakan KAPWING. Faktor utama saya guna program ini adalah kerana PERCUMA. Cuma program ini hanya boleh digunakan secara online. Jadi kalau internet asyik putus-putus atau speed yang lembap sahaja, maka payahlah untuk menyiapkan projek dengan cepat. Bagi saya Kapwing ini lebih friendly-user berbanding dengan program lain yang telah saya cuba. Tapi setiap orang mempunyai cita rasa dan persepsi tersendiri, jadi adalah penting untuk anda explore sendiri jika ingin trim & merge dan edit video anda. Selamat mencuba. Kongsikan pengalaman dan program yang biasa anda guna untuk edit video di ruang comment.
0 Comments
|
Author"ANDREA" feminine version of 'Andrew' in English version of a Greek name 'Andreas CategoriesArchivesCoursemate Blog Links
Alex Wong Nalini Nithiya Nik Nurasyikin Noor Desiro Nur Amanina Rohanilah Shahila Siti Khatizah Siti Sarah Yogeswary |