Dalam setiap topik RBT, murid dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya satu lakaran reka bentuk 3D. Tetapi saya selalu jumpa murid memberi alasan "Saya tak pandai lukis" atau "tak tahu macam mana nak lukis 3D". Akibatnya, lakaran tidak dihasilkan dan menyebabkan murid ini tidak dapat mencapai tahap pencapaian yang baik. Rujuk entri ini untuk mengetahui TP yang berkaitan. Saya terus terang juga bukan jenis yang pandai melukis. Minat tu ada, tapi bakat tak ada. Apa cara saya mengatasi masalah ini? "Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan; jika kau fikirkan kekalahan, kau hampiri kegagalan" Inilah lirik lagu yang selalu bermain di dalam otak saya apabila saya menghadapi sesuatu msalah/cabaran. Jadi nasihat saya kepada murid yang memberi alasan 'tak pandai', 'tak tau'. Belum cuba mana boleh tahu? Untuk menguasai cara melukis secara 3D adalah, kuasai dulu cara melukis bentuk asas. Ini sebenarnya telah dipelajari semasa Tingkatan 1. Banyak video juga telah dikongsikan dalam internet tentang cara melukis secara 3D. Saya kongsikan satu video yang jumpa dari Youtube tentang melukis dan membuat bayang pada bentuk-bentuk asas.
0 Comments
|
Author"ANDREA" feminine version of 'Andrew' in English version of a Greek name 'Andreas ArchivesCategoriesCoursemate Blog Links
Alex Wong Nalini Nithiya Nik Nurasyikin Noor Desiro Nur Amanina Rohanilah Shahila Siti Khatizah Siti Sarah Yogeswary |