Pernakah anda terfikir dari mana punca datangnya elektrik yang kita gunakan setiap hari? Pelajar-pelajar suka menjawab soalan saya ini dengan memberi jawapan----- 'TNB'.
Tapi tahukah anda TNB pula dapat tenaga elektrik itu dari mana? Sebenarnya tenaga elektrik boleh dijana dari sumber-sumber yang berlainan. Sumber-sumber ini pula dibahagikan kepada 2 jenis: 1. sumber yang boleh diperbaharui (diguna semula dan kekal selama-lamanya), contohnya: angin, ombak, air, cahaya matahari(solar). 2. sumber yang tidak boleh diperbaharui (tidak dapat dikitar semula dan akan habis suatu hari nanti). contohnya: gas, arang batu, nuklear dan lain-lain. Soalannya: Negara Malaysia menggunakan sumber apa untuk menjana elektrik? Sila beri jawapan anda di ruangan komen :) Di entri lain pula, saya akan ceritakan sikit bagaimana elektrik dijana menggunakan sumber-sumber tertentu.
0 Comments
|
Author"ANDREA" feminine version of 'Andrew' in English version of a Greek name 'Andreas'. CategoriesArchivesCoursemate Blog Links
Alex Wong Nalini Nithiya Nik Nurasyikin Noor Desiro Nur Amanina Rohanilah Shahila Siti Khatizah Siti Sarah Yogeswary |